Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

BENARKAH DIAM ITU LEBIH BAIK

More
15 years 3 weeks ago #32707 by khumaira
DIAM

Marilah kita menhayati ......

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa
keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut
adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang
menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak
digunakan untuk berbicara
sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan
mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

* \"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.
Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka
lebih utama baginya\". ( Riwayat ABU NAIM )

* \"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah
ia berkata yang baik atau diam\". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

* \"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya\".
( Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Berdiam:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK
SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH
YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH.
YANG SALAH ADALAH
MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA
ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah
perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik
dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Dari Abdullah bin \'Amr R.A., Rasulullah SAW bersabda:
\'\'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat\'\'..
Sekian. Wassalam



Wahai kawan2 di fungkur ni.berilah pendapat korang plak.haruskah kita berdiam.
kerana takutkan org lain?
kerana malas nk buka mulut?
kerana nk jaga ati org?
kerana anda memang bisu....hehehe...:lol:
The following user(s) said Thank You: KAVA
More
15 years 3 weeks ago #32710 by fazna_cute
sy bkn bisu kalo sy berdiam diri kerana sy salah seorg yg pendiam di alam ini..
sy suka diam dan larikn diri kalo org mengumpat pasal org lain coz ia amat menyakitkn hati kalo kita x diam dan turut sama mengumpat pasal org lain....
diam mmg baik coz diam itu ada kelebihannya...
kalo byk ckp,dia antara mereka yg suuka mengumpat
More
14 years 11 months ago #33884 by missfasha
mendiamkan diri mmg bagus..
More
14 years 11 months ago #33899 by cik_mawar
yup...diam tu lebih baik.. Mawar pon kalau marah sgt..mmg diam ja.. kalau cakap jugak..takut perkataan yang tak diigini keluar.. masa marah..kadang2 kita pon tak jangka apa kita nak cakap.. :) Pada benda yang baik..tak perlu lah mendiamkan diri.. :)





semoga hidup kita sentiasa diberkati..amin
More
14 years 11 months ago #33904 by chod
baik ke klu diam tu ..tu dh kira tak baik la..:)
More
14 years 11 months ago #33932 by EvaRieNa De Sauza
kita dkurniakan akal n hati utk mbezakan yg mana patut kita lakukan..
bdiam x semestinya kita stuju..
More
14 years 10 months ago #34502 by fazna_cute
diam blh membawa kita menghayati makna sebenar kehidupan kita nie.
lebih banyak diam,x banyak dosa yg kita kumpulkn kecuali ada sbb knp kita perlu x diam seperti membela diri kita sendiri. ;)
More
14 years 10 months ago #34515 by sis
syuttt diam2 sumer...topik diam neh :laugh:

hurmm...tuk meredhakan hati yg tgh maghah tu mmg elok dok diam2 dulu....bab stgh org lau nk maghah dia akn diammm jer....lam 2,3 ari bawu okek...tp kene la kiter yg tegur dulu ngan owang yg kiter nk maghah tuh...kang dua2 diam sampek kiamat ler x betegur :laugh: ....tp andai kater biler kiter diam, owang len lak buruk2kan kiter....hah tu sendiri mauuu ingat la yerrr.....jgn sampek owang pijak paler kiter lak.... :angry:

:whistle: jgn jdk diam2 ubi sudaaa...:ohmy: kuar dari tanah masuk lam piyuk :laugh:
Time to create page: 0.586 seconds