Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Melayu.... Islam....... Politik......??????????

More
15 years 7 months ago #27671 by khizalid
Tawaran kepada Pas - Bentuk kerajaan baru bersama UMNO di Perak


IPOH 28 Julai – UMNO negeri ini menawarkan kepada Pas cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai Menteri Besar Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri.

Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk Pas dan UMNO memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

‘‘Pada saya, kalau hendak mulakan kerjasama atau penggabungan, elok dimulakan di Perak kerana negeri ini mempunyai penduduk Melayu, Cina, India dan Orang Asli... mentadbir Perak dan Kelantan tidak sama.

‘‘Kalau boleh, wujudkan dasar-dasar macam mana hendak mentadbir. Kita boleh perluaskan kerjasama itu ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan ia membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih praktikal kepada semua rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tajol Rosli berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin yang mengesyorkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan bagi membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam.

Mengulas lanjut, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata, kerajaan baru Perak yang dianggotai UMNO dan Pas serta komponen BN akan mengukuhkan kerajaan negeri yang pada masa ini hanya mempunyai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika ini BN memiliki 28 wakil rakyat dalam DUN Perak, kurang dua kerusi berbanding pakatan pembangkang yang memerintah Perak.

Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Tajol Rosli berkata, wakil rakyat PKR dan DAP juga boleh turut serta dalam kerajaan baru Pas-BN sekiranya mereka berminat kerana apa yang penting adalah mewujudkan kerajaan negeri yang kukuh.

Jika Pas dan BN bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.

Menurut beliau, kerajaan negeri Perak hari ini dilihat begitu lemah dan ini terbukti semasa pelantikan Speaker DUN baru-baru ini apabila ada pihak terpaksa pergi dari meja ke meja untuk memastikan wakil rakyat DAP, PKR dan Pas mengundi calon yang mereka pilih.

“Kalau kita hendak wujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh, ia mesti menggabungkan BN dalam kerajaan. Atas sebab itu, saya menerima baik syor Nik Abdul Aziz bahawa UMNO dan Pas kena bekerjasama dahulu.

“Selepas bekerjasama, terpulang kepada pucuk pimpinan parti iaitu Presiden UMNO dan Presiden Pas untuk membincangkan pembubaran kedua-dua parti itu dan tubuhkan sebuah parti politik baru bagi mewakili orang Islam dan kaum bumiputra,” ujar beliau.

Katanya, kerjasama antara UMNO dan Pas adalah penting untuk mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan Malaysia dan Perak mencapai status negara dan negeri maju pada 2020.

“Sebenarnya, perpecahan orang Melayu di Malaysia tidak akan dapat mewujudkan kestabilan politik bagi negara ini.

“Kita mesti mula dengan kerjasama antara kaum dahulu. Jika orang Melayu tidak boleh bersatu, bagaimanakah kaum-kaum lain boleh bersatu?\'\' katanya.

Tajol Rosli memberitahu, kerjasama dan penggabungan antara Pas dan UMNO lebih mudah berbanding gabungan Pas dengan DAP kerana perbezaaan ideologi yang ketara antara kedua-dua parti itu.

“Apabila DAP mahu mengkaji semula keanggotaan Pas dalam pakatan pembangkang, kita memberi laluan kepada Pas untuk bekerjasama membentuk kerajaan negeri di Perak,” katanya
More
15 years 7 months ago #27672 by khizalid
apa pandangan korang dalam isu niee.....
bagi aku ia nya cadangan yang baik ......
lihat sahaja keadaan sekarangg berlaku perpecahan walau pun ia tampak tenang......

luahkan apa yang terpendam.....
More
15 years 7 months ago #27677 by erryzx_
suatu cadangan yg amat baik,.,.,.
tetapi amat susah utk direalisasi kan,.,..,
toleransi @ tolak ansur penting kerana 2 2 parti mempunyai pandangan/haluan/agenda berbeza..,

~ aku suke je klu itu utk kebaikan bersama
~ bersatu kite teguh, bercerai kite roboh
~ \"wat ape gado2 same kite, malaysia kite ini kecik aje, klu sume gado sape nak jage\"

peace!!! proud to be Malaysian,.,..,~

:lol: :lol: :lol:
More
15 years 7 months ago #27718 by khizalid
Pas jawab esok - Hadi dijangka umum pendirian tawaran UMNO kongsi tadbir Perak



KUALA LUMPUR 29 Julai – Pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini.

Utusan Malaysia difahamkan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan keputusan yang dicapai selepas mesyuarat itu.

Menurut sumber, isu penggabungan untuk membentuk kerajaan negeri baru di Perak itu adalah antara beberapa ‘perkara yang memerlukan keputusan kepimpinan tertinggi Pas’.

Selain isu penggabungan, topik hangat yang turut dibincangkan ialah mengenai muqabalah yang dijangka bakal menyaksikan satu keputusan dibuat oleh parti itu, kata sumber tersebut.

Tambah sumber itu, keputusan dibuat berdasarkan maklum balas semua peringkat dalam parti dengan mengambil kira harapan masyarakat Islam dan berdasarkan perkembangan dalam Pakatan Rakyat.

“Kami bebas membuat apa sahaja keputusan tanpa tekanan mana-mana pihak,” tegas sumber itu lagi.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali menawarkan kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Usaha mengadakan siri pertemuan UMNO-Pas telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam dan orang Melayu yang tidak lagi mahu melihat kaum itu berpecah-belah.

Bagaimanapun, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh memberi kata dua supaya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan dengan UMNO boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) memiliki 28 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala pakatan pembangkang 31 kerusi.

DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Jika Pas, UMNO dan parti komponen BN lain bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dihubungi hari ini berkata, hanya dua individu yang dibenarkan membuat ulasan mengenai isu itu iaitu Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa.
More
15 years 7 months ago #27737 by khizalid
Pas komited muqabalah dengan UMNO

KUALA LUMPUR 30 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Majlis Syura Ulama parti itu komited untuk meneruskan usaha muqabalah dengan UMNO demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu walaupun ada bantahan terhadap langkah itu.

Menurut sumber, segala perkembangan yang berlaku itu tidak sedikit pun menjejaskan rancangan pucuk pimpinan Pas untuk memastikan usaha tersebut berhasil.

Sehubungan itu, sumber tersebut memberitahu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din akan membentangkan secara terperinci mengenai muqabalah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat esok supaya semua anggota faham tujuan ia diadakan.

“Timbalan Mursyidul Am telah diberi tanggungjawab ini iaitu untuk menjelaskan sebab dan rasionalnya muqabalah antara Pas dan UMNO diadakan.

“Sejajar dengan mesej yang akan disampaikan, Timbalan Mursyidul Am dijangka menekankan mengenai kepentingan Islam dan Melayu lebih daripada segala-galanya dalam mesyuarat tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Esok, Pas akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi membincangkan rancangan muqabalah dengan UMNO dan dijangka satu keputusan mengenainya bakal dibuat oleh pucuk pimpinan parti itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak juga akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali baru-baru ini menawarkan kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat akan dipengerusikan oleh Abdul Hadi dan turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam pada itu sumber tersebut ketika ditanya mengenai reaksi pemimpin Pas terhadap tawaran Tajol Rosli memberitahu, ia tidak sepatutnya timbul kerana usaha untuk bermuqabalah masih belum berhasil.

“Perkara yang paling diberi keutamaan oleh pucuk pimpinan Pas terutama Presiden dan Majlis Syura Ulama ketika ini adalah untuk menjayakan muqabalah dan bukan mengenai tawaran tersebut.

“Kita mahu semuanya berjalan lancar secara berperingkat-peringkat. Ini memerlukan komitmen semua pihak dan Pas komited untuk melakukannya,” kata beliau.

Justeru, kata sumber itu, isu tersebut sama ada dibangkitkan atau tidak pada mesyuarat esok tidak dapat dipastikan kerana ia bukan perkara utama yang dibincangkan.

Mengenai kewujudan kumpulan dalam Pas yang menentang usaha muqabalah tersebut, sumber itu berkata, sebahagian besar pucuk pimpinan bersetuju tetapi tidak dinafikan masih ada pemimpin yang belum menyatakan persetujuan mereka.

“Diharap selepas mesyuarat esok semua pemimpin Pas bersatu hati untuk menjayakan muqabalah ini,” tambahnya.
More
15 years 7 months ago #27739 by crazybone86
maap atas soalan budak2 ini...apekah itu muqobalah??..huhu
Time to create page: 0.426 seconds