Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

KARI AYAM

More
15 years 10 months ago #24475 by khumaira
KARI AYAM was created by khumaira





KARI AYAM

BAHAN:

ayam 1/2 ekor - dicuci terlebih dahulu.
1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 1 inci halia - (dimayang halus)
daun kari 2 tangkai
rempah kari 3 sudu besar-bancuh rempah kari dengan segelas air
santan dr 1/2 biji
asam keping, secubit garam dan gula
7 tangkai lada kering-kisar/1 sudu besar serbuk cili packet
2 biji kentang

Cara-cara:

tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau
kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul pecah minyak. sekiranya kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar kari tidak hangit. tunggu sehingga kari/cili masak

masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut
masukkan santan, asam keping dan secubit garam
tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan:)
Attachments:
More
15 years 10 months ago #24947 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic Ruj:KARI AYAM
ermm no comment! huhu~~ pasal kari2 guy memang kurang mkn kari2...
nape? ntah la... im prefer masakan lain...
mungkin teringat mamat2 yg masak kari kot! muahaha~~
tapi kalu kak ku yg masak.. memang guy xkan melepas punyer.. huhu~~
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.518 seconds