Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING

More
15 years 2 weeks ago - 15 years 2 weeks ago #33055 by khumaira





Bahan-bahannya

1/2 kilo sotong kering, dibersihkan buang tulang dan potong persegi kecil dan rendam dengan abucang semalaman

1 cawan air (ditambah sekiranya perlu)

1/2 cawan air asam jawa yang pekat

seketul gula melaka

1/2 cawan gula pasir

garam dan serbuk perasa

1 cawan minyak

Untuk Dikisar

40 tangkai lada kering

3 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

4 batang serai

1 cm lengkuas

2 cm belacan

Cara-caranya

Bersihkan sotong yang telah direndam semalaman dan toskan airnya.

Didihkan air dan masukkan sotong dan masak untuk 15 minit. Kemudian toskan airnya.

Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.

Masukkan gula melaka, gula pasir, garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 1 cawan air dan masukkan sotong. Masak sehingga sotong empuk dan rempah kering.

Kalau sotong belum empuk boleh ditambahkan dengan sedikit air lagi. Rasa jika ada yang kurang tambah garam atau gula secukup rasa. :yahoo:
Attachments:
Last edit: 15 years 2 weeks ago by khumaira.
More
15 years 2 weeks ago - 15 years 2 weeks ago #33056 by khumaira





Gambar di atas menunjukn rupa abucang.yg kaler putih tu.tujuan kita rendam sotong kering dgn abucang adalah untk cepat melembutkn sotong dan sotong itu akan mengembang sekembang kembangnya.

org meniaga guna abucang.untung lah ye.sotong jd makin besar.harga x mahal berbanding dgn sotong basah.
Attachments:
Last edit: 15 years 2 weeks ago by khumaira.
More
15 years 2 weeks ago #33057 by sako
Replied by sako on topic Ruj:SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
perghhhh best nih....sambal sotong
More
15 years 2 weeks ago - 15 years 2 weeks ago #33059 by ilaaulala
uik???apa yg puteh mengelembong tu..O_o..lain mcm je ruponyo..
huk3:P
Last edit: 15 years 2 weeks ago by ilaaulala.
More
15 years 2 weeks ago #33077 by redzha
waduhhh ibu....bisaaa ngentis ini...peh lemah badan gua......kalau senang2 post lah cikit kat saya..dapat kuah pon jadi..eheheh
lapar2..rindu masakan2 mak... :( :( :( :(
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.502 seconds