Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

GULAI TELUR ITIK

More
15 years 11 months ago #24443 by khumaira
GULAI TELUR ITIK was created by khumaira





GULAI TELUR ITIK

BAHAN:

6 biji telur itik
1 kotak besar santan
3 ulas bawang merah**
1 ulas bawang putih**
5 biji cili padi**
2cm kunyit hidup**
1 helai daun kunyit
2 batang serai
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

kisarkan semua bahan yang bertanda **. Kemudian masukkan kedalam periuk bersama-sama dengan santan.
Ketuk serai dan daun kunyit tu diracik-racik dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk, beserta dengan asam keping, garam dan gula.

Hidupkan api, dan masak. Semasa memasak, pastikan anda sentiasa kacau santan tersebut agar tidak berketul-ketul. Bila dah mengelegak, pecahkan telur sebijik demi sebijik kedalam santan tersebut. Biarkan telur tu masak sendiri tanpa mengacau santan tersebut.
Bila agak2 telur tu dah mengeras, bolehlah padam kan api tersebut. Dah pun siap.. senang sangat.. selamat mencuba
Attachments:
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.485 seconds