LAKSA GORENG

More
11 years 1 month ago #24242 by khumaira
LAKSA GORENG was created by khumaira



LAKSA GORENG


BAHAN-BAHAN:

-Sebungkus laksa yang telah siap kembang direndam, cuci bersih dulu
-5 tangkai sawi, dipotong
-1/4 biji kobis, dihiris halus
-20 biji cili padi, ditumbuk halus----(ikut suka korang la nak pedas macam mana)
-6 biji bawang merah
ditumbuk halus
-4 ulas bawang putih
ditumbuk halus
-1 inci belacan
-2 sudu besar sos tiram
-15 kuntum cendawan hitam, direndam hingga lembut dan kemudian dihiris
-3 sudu kicap pekat
-garam dan gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
-Sedikit air

CARA:
Panaskan minyak di kuali dan kemudiannya tumis bahan tumbuk bersama belacan
hingga terbit aromanya. Kemudian masukkan sawi, kobis dan cendawan. Kacau rata.

Masukkan air, sos tiram, kicap pekat, garam, gula dan serbuk perasa.
Apabila mendidih... masukkan laksa dan kacau rata hingga agak kering sedikit.

Dah siap pun laksa goreng.
nk goreng mcm goreng mee atau bihun pun boleh.
bahan2nya nk tambah pun boleh...:)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.304 seconds