Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

BIHUN GORENG BIASA

More
15 years 11 months ago #24331 by khumaira
BIHUN GORENG BIASA was created by khumaira




BIHUN GORENG

BAHAN:
1 packet bihun
[rendamkan hngga lembut dan toskan]
1 mangkuk isi ayam
[hiris nipis]
5 batang daun sawi
[potong pendek]
1/4 biji kobis
[potong nipis]
1 batang carrot
[potong halus saperti batang mancis]
3 keping tauhu/taukua
[gorengkan dan potong nipis]
3 sudu besar minyak
sedikit kicap
garam
air

BAHAN KISAR/TUMBUK:

5 biji ciliapi
6 biji cili merah/4 sudu besar cili boh-(klu nk gunakn cili boh)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.

3. Bila agak masak ayam td, masukkan garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kobis, carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.

5. Bila rasa bihun telah lembut masukkan sawi.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.

7. Bila menghidang, taburkan hirisan daun bawang,daun sup,hirisan telur grg,
---ada juga taburkan kacang tanah tumbuk.
terpulang pd kita.

P/S: SELAIN AYAM,IKUT SELERA MASING2 NK TARUH DAGING,UDANG ATAU SOTONG.
YG PALING SIMPLE TARUH UDANG KERING TUMBUK JE.:)
Attachments:
More
15 years 10 months ago #24517 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:BIHUN GORENG BIASA






BIHUN GORENG KAMPUNG

BAHAN:

Bihun secukupnya (rendam dalam air panas,klu nk cepat)
2 biji cili padi atau letak lebih utk lebih pedas
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit belacan
2 batang kacang botor, dihiris
sotong/ayam/udang
ikan bilis, digoreng terlebih dahulu
sedikit kicap dan sos tiram
garam secukup rasa
telur, jika mahu

CARA:
*****
1. Tumbuk bawang, cili padi dan belacan. Kemudian tumis dalam minyak panas.
2. Masukkan sotong dan goreng sampai masak.

3. Masukkan kacang botor, telur, kicap, garam dan sos tiram.
4. Bila dah layu sedikit, masukkan bihun. Akhir sekali masukkan ikan bilis
goreng.

5. Bolehla dihidang atas pinggan dan hias dengan bawang goreng, serbuk lada
hitam dan daun sup/daun bawang.
Attachments:
More
15 years 10 months ago #24648 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:BIHUN GORENG BIASA







MEE HOON GORENG (2)

BAHAN:

400g mee hoon
100g daging
10 ekor udang
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar minyak masak
garam,gula dan ajinomoto
1/2 sudu besar cuka
1 cawan air panas
1 batang lobak - potong memanjang dan nipis
kobis - hiris nipis2
200g taugeh

CARA:

Mee hoon direndam 20minit dan di toskan. Daging dipotong kecil2, udang buang kulit. Bawang putih tumbuk lumat.

Panaskan minyak, tumis bawang putih naik bau, Masukkan udang dan daging,kacau rata. Bila nmpak dah kering masukkan sedikit air dan tumis sampai daging lembut, lebih kurang 10 minit.

Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,cuka,gula,garam dan ajinomoto. Kacau lagi dan rasa apa yg kurang, adjust mana yg patut. Bila rasa dah cukup masukkan air panas.

Dah menggelegak masukkan lobak, kobis dan mee hoon. Gaul biar semua sekata. Bila nmpak kering masukkan air sikit2 hingga mee lembut. Rasa jika ada yg terkurang leh adjust skit2 sbb rasa akan kurang bila tambah air.

Bila rasa dah ok, masak mee hoon nih lagi 10 minit.
Tutup api dan masukkan taugeh,gaul biar sekata.
Hias dgn daun bawang,bawang goreng dan lada merah yg dipotong menyerong.

*** Kalau nk mee ni pedas, lepas tumis bwg putih masuk pes lada pastu br masuk udang dan daging........
Attachments:
More
15 years 3 weeks ago #32793 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:BIHUN GORENG BIASA






BIHUN GORENG MASAM MANIS

Bahan-bahan ( bergantung kpd berapa org makan )

* Bihun
* Bwg mrh dan bwg putih
* Sayur dan daging
* Cili boh dan air asam jawa
* Garam,gula dan ajinomoto.

Cara-cara

1. Rendam bihun dgn air biasa 1 jam.
2. Mayang bwg dan kisar bersama ciliboh.Siapkan sayur dan daging.
3. Tumis bahan kisar ,air asam jawa dan daging hgga nampak garing dan naik bau.
4. Masukkan bahan perasa dan lastly bihun.goreng smpai sebati.
Attachments:
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.468 seconds