MEE CAMPAK

More
10 years 10 months ago #24645 by khumaira
MEE CAMPAK was created by khumaira






MEE CAMPAK

BAHAN:
******
600 gm/1 kati mee kuning
200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging
100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
2 sudu besar kicap manis
air untuk jadikan kuah

BAHAN KISAR:
************
2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih

BAHAN SAMBAL KICAP:
*******************
5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punya.

CARA:
******
Basuh mee kuning tadi dan toskan
Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil.
Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai

Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur
Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan. jangan sampai hangus pula!

Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air

Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya
Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi!.

Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu...:blush:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.350 seconds