MEE HOKKIEN

More
10 years 10 months ago #24647 by khumaira
MEE HOKKIEN was created by khumaira






MEE HOKKIEN

BAHAN:
*******
2 bungkus mee kuning

BAHAN HIASAN:
*************
taugeh
dicelur
kangkong----dicelur
bawang goreng
telur 4 biji(rebus)--belah 4

1kg udang sederhana (buang kulit)
4 ulas bawang putih(ketuk-ketukan)
4 biji bawang besar (kisarkan)
1 senduk cili kisar (terpulang pada masing2 kalau nak pedas..
gula batu sedikit..

CARA:
*******
Asingkan udang dari kulit.cucikan kulit tersebut dan direbus.air jangan dibuang..
ambil kulit yg direbus tadi kisarkan dgn sedikit air..kisar sampai hancur..

Panaskan minyak,tumiskan cili kisar tadi sehingga pecah minyak dan masukkan sekali bwg putih td..lepas itu baru masukkan bawang merah kisar..kalau tak nak masukkan bwg merah pun boleh gak tp kalau masukkan baru rasa power sikit..

Bila dan pecah minyak barulah dimasukkan kulit udang yg dikisar tadi...bagi baunya naik dan masukkan air rebusan td dan tambah sedikit air biasa mengikut kepekatan yg diingini ..selalunya hokkien mee nih tak cair tak pekat,,tp kalau nak pekat masukkan sedikit bancuhan tpg jagung...

Akhir sekali masukan gula secukupnya..terpulanglah kalau nak manis ke tak hokkien mee nih mesti ada rasa manis sikit..masukkan lah garam dan ajinomoto...

petua kalau nak hokkien mee ni sedap masukkan gula batu dalam seketul sederhana.

tentu anda semua tertanya isi udang nak buat ape..ok isi nya kita tumiskan dgn sedikit minyak sehingga kemerahan dan asingkan.air tumis tu td boleh dimasukkan kedalam kuah tadi dan udang buat bahan hiasan atas mee nnt.

kuah pun siap......

SAMBAL UNTUK MAKANNYA PULAK: tumis cili kisar dan masukkan sikit kicap cair dan ajinomoto... sambal ini untuk diletakkan didlm mee yg nak dimakan nanti... selamat mencuba.....:kiss:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.284 seconds