MEE CALONG

More
10 years 10 months ago #24916 by khumaira
MEE CALONG was created by khumaira





MEE CALONG

BAHAN:

1 rangka ayam
[potong kecil]
500 gm mee kuning
[celurkan]
1 pokok daun sup
[hiriskan]
1 batang carrot
[potong kecil]
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan
[potong pendek]
3 biji cili merah
[hiriskan]
bawang goreng
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak
1 kiub ayam [maggi atau knor]

BAHAN TUMBUK/KISAR:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

BAHAN SOS KICAP PEDAS:

15 biji ciliapi
tumbuk halus
1 ulas bawang putih
tumbuk halus
2 sudu besar kicap cair


BAHAN CALONG:mcm fishball gak ni.

1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit tepung jagung
sedikit garam

CARA:

1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam.
Bulat2 bentuk kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/kisar sehingga wangi.

3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendidih.

5. Apabila mendidih asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong.
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendidih perlahan2.

7. Masukkan sawi/kailan.
8. Bila mendidih tuangkan bahan sup keatas mee.

9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.

OWH..INI LE MEE CALONG...SELAMAT MNCUBA....:laugh:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.251 seconds