HOMEMADE MEE(BUAT MEE SENDIRI)

More
10 years 2 months ago #32756 by khumaira





MEE KUNING -Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:

350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:

Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya

Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati

Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.

Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental

Bahagi doh kpd 4 bahagian

Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal,

Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan

Pilih ketebalan yg dikehendaki (guna no 4), gelek utk kali terakhir disini

Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee

Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi

Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut

Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur skit2 mee tu)

Kemudian toskan mee tersebut, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak

Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 2 months ago #32757 by khumaira




ACUAN URAIKAN MEE
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.132 seconds