SUP LABU & ROTI BAWANG PUTIH

More
10 years 5 months ago #24438 by khumaira





SUP LABU & ROTI BAWANG PUTIH

BAHAN:

1/2 biji labu kuning
kupas dan potong kecil2
4 tangkai daun saderi
dipotong kecil
3 labu bawang besar
potong dadu
1/2 cawan mentega
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan (UHT Whipping Cream)----terdapat d pasaraya
4 cawan air
Sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah
Hirisan parsley untuk hiasan
Beberapa potong roti perancis (roti m\'sia pun boleh :)
1 camca besar mentega + 1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-cara:

SUP LABU:
Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan goreng hingga layu, masukkan saleri dan labu. Kacau goreng hingga wangi.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata. Tuang air dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu empuk, sambil terus mengacau. Padamkan api dan biarkan suam.kemudian semuanya dikisar halus.

Tuang dalam tapis dan tekan dgn spatula/sudip hingga menghasilkan puri yg halus. Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.
Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah, masak hingga pekat sedikit.

Akhir sekali masukkan UHT Whipping Cream dan gaul hingga rata. Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat. Tabur cincangan daun parsley sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih.

ROTI BAWANG PUTIH:
Sapu setiap keping potongan roti perancis(atau roti apepun dgn bancuhan mentega dan bawang putih. Panggang atas kuali hingga garing dan wangi. Hidangkan bersama sup labu tadi.
SELAMAT MENCUBA....:kiss:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 5 months ago #24439 by khumaira



INI SAYA BARU DPT BUTIRAN TNTG ROTI PERANCHIS NI.SAYA PUN XTAU PASAL
ROTI NI SGT.TP SY MINAT TGK ROTI YG PANJANG TU.SMPI SEDEPA PANJANG
DIA.LEH WAT KAYU HOKI.HEHEHE...KLU NK BLAJAR NAMA JENIS2 ROTI NI,
KENA LE RAJIN PEGI BAKERY OR CAKE HOUSE.AT LEAST KENAL LE JUGAK
JENIS2 ROTI.XLE BUTA SGT ILMU ROTI....:P
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.526 seconds