Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda

More
16 years 2 weeks ago #23072 by shafique
Tak tau la betol ke idak. So kena tak ngan diri korang? Didatangkan khas dari kotak emel aku.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan.. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


* LoLz. My Name Start With \"M\".
More
16 years 2 weeks ago #23073 by guydacosta
GUY.. so start with G.. ahaks..

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

tapi.. senantiasa bermalasan-malasan tidak kira waktu, masa dan ketika.. hahaha~~
  • Visitor
  • Visitor
16 years 2 weeks ago #23079 by
Replied by on topic Re:Rahsia Huruf Pertama Nama Anda
saya ATIQI mula dengan A

A
Ramah dan murah senyuman.:) :)hari2 senyum,senyum itu sedekah:) Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
More
16 years 2 weeks ago #23080 by ciPuding_7
sebahagian maksud dari nama betul aku yg berbunyi begini..

\"Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja..\"


1. kalo tidak setia tu merujuk kpd bermain kayu 3, aku bangkang 8 juta %..

2. bab berhati2 ketika belanja tu, jarang sekali la kan.. lebih2 lagi time bergaji dan sale di mana-mana.. berhati2 tu menjadi apabila stat 15hb dan ke atas sahaja.. kerana dikhuatiri takdak duit nak isi minyak g keje..

sekian..
More
16 years 2 weeks ago #23081 by Farha

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


Ahaksss...aku ker....?ye kot...
More
16 years 2 weeks ago #23083 by mitki_85
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


- baik ati tu ye setuju sgt..tp kdg2 jahat jgk
- rapi dlm brpakaian btl tp kdg2 comot..hehe..
- suka hulur tgn..ala biasa la hulur je..xsusah pn
- mudah brsedih ati n kurang prcaya diri ni mmg hmpir btl..tp tu dlu..skang dah
xkisah pn..emmm:dry:
More
16 years 2 weeks ago #23113 by shafique
shafique wrote:

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


LoLz. Pandai dan Kreatif? Ntah ler biasa2 jer tak pandai mana pong. Suke kelembutan? Adeh kalo lembut sgt slow rsanya. Jika Dikongkong akan memberontak? Fuh, ada sket kot. Senang dijadikan sahabat? Ermm... ikut apa pendapat org la.. u judge me ok? Boros dan Keras kepala? Hehe skang dah berjimat cermat, keras kepala tue kadang2 jer skang nie. LoLz!
More
16 years 2 weeks ago #23125 by guydacosta
ermm ada ke nama org start huruf x???
prof xavier kot??
haa... org cina ramai la kot.. tp org melayu ada x???
More
15 years 11 months ago #23466 by fifie

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


yg len tu xsure la btol ke x...rase cam btol cam x....tp yg ni...
amat berhati-hati bila berbelanja <----cam nk pecah perut ketawa....uhuhuhuhu.... :cheer: :silly: :lol: :laugh: :woohoo: :blink:
More
15 years 11 months ago #23472 by kulat_biru
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

ermmm...ada betul n kene gak ngan sifat aku nih..hehehe....;)
More
15 years 11 months ago #23477 by shafique
kulat_biru.. marah ko mudah reda tak? kui3x..
More
15 years 11 months ago #23480 by guydacosta
ermm kalu guy.. agak lama kot.. selagi x lepas amarah tu.. selagi tu muka masam... mudah kecik hati... iye jugak. kata2 sinis bila bengang... ermm betul gak nie... bijaksana dan cerdas jauh sekali agaknyer...

ahaks... apa plak guy nyibuk nie..
Time to create page: 0.553 seconds