Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka

More
15 years 2 months ago #31047 by mastersuse

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan ti ndak tanduk isterinya. Bergaul ! be! bas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,
saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari\'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di \'taman\' neraka sana.)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya ! menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan pertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi \'kayu api\' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka ! ka! um lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

\"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu....\" :evil:
More
15 years 2 months ago #31048 by master_xecko
topik yg bagusss..... :positive:

Same-same la kite berusaha untuk menjayakannya :positive:
More
15 years 2 months ago #31049 by mastersuse
xecko.. semoga kamu menjadi abg dan suami yg baik satu hari nti.. muahahaha :lol:
  • Visitor
  • Visitor
15 years 2 months ago #31050 by
kamu juga mastersuse semuga menjadi ayah,suami,abang yg beriman :positive: amin
More
15 years 1 month ago #31057 by missnuruL
errrr best2 artikel neh :positive:
More
15 years 1 month ago #31075 by master_xecko
mastersuse tulis:

xecko.. semoga kamu menjadi abg dan suami yg baik satu hari nti.. muahahaha :lol:


bukan stakat tu...kene berusaha jadi adik, atok, toknyeee, tokcik,, ayah cikk,, pak sedara yg baikkkk hehehehehhehe....banyak2....kene berusahaa nihh...

ko pon same la mastersuse...jgn tuliss jeee...buat skali :positive:
More
15 years 1 month ago #31076 by sya_zachery
aduhh.. mmg bagus tul topik ni..ingat ye lelaki2 semua..hek3..
More
15 years 1 month ago #31078 by tikar_getah
bagi kaum lelaki kita mmg la kena beringat2 akn tanggungjwp kita tu..
tp bg kaum hawa...hrp nya dpt la beri kerjasama yg baik pd lelaki2 yg anda syg n cintai...patuh dan dgr la nasihat mereka yg menuju ke arah kebaikn.smoga kita sama2 mndpt keberkatan drpd Allah..amin
More
15 years 1 month ago #31088 by mastersuse
Atiqi tulis:

kamu juga mastersuse semuga menjadi ayah,suami,abang yg beriman :positive: amin


ahaks.. Insya Allah.. heh heh.. :blush:
kamu pun apa kurang nya.. smoga jadi abg dan bapak yg baik.. ekekeke :lol:
More
15 years 1 month ago #31091 by mastersuse
sya_zachery tulis:

aduhh.. mmg bagus tul topik ni..ingat ye lelaki2 semua..hek3..


ahaks... u tuju kat sapa? i ke? muahaha.. i bukan mmg baik ke? :lol:
More
15 years 1 month ago #31093 by sya_zachery
mastersuse tulis:

sya_zachery tulis:

aduhh.. mmg bagus tul topik ni..ingat ye lelaki2 semua..hek3..


ahaks... u tuju kat sapa? i ke? muahaha.. i bukan mmg baik ke? :lol:


huehuehue..sapa rasa dia tu lelaki..sile laa ikut apa yang telah di postkan tu yer.. :D
More
15 years 1 month ago #31127 by master_xecko
laki jek jadi baik...beh tu pmpuan nk jadi ape lak hehehehehhe :laugh:
Time to create page: 0.497 seconds