Perempuan memang tak guna

More
19 years 1 month ago #18855 by zaciko
1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk atau jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini \"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik\" \'Tunduk\' di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. Penyakit dalam hati adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya. Atau mengapa tidak pakai pelembap bibir sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak \'berharga\' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
More
18 years 11 months ago #20227 by guydacosta
habis tu yg jenjalan nampak itu.. nampak ini... siapakah gerangan orangnyer?
bukan ker insan yg bergelar wanita....

habis tu yg suka pakai gelang sehingga ke siku yg beratnya setengah tan dan menyinsing baju hingga celah ketiak tu sapa ek? bukan ker insan yg bergelar perempuan...

oo yg lalu depan dan berlalu pergi setengah batu tapi masih meninggalkan bau semerbak tu... siapa orangnyer? bukan ke perempuan? kalau mmg x pakai haruman mmg x sah...

adeh.. dh penat dah... n bla bla.. itu la wanita zaman sekarang... kenapa la x syg diri sendiri... kalu dh kita x sayang diri kita.. mcm mana nk suruh orang lain sayang kat kita... pikir2kan lah...
More
18 years 11 months ago #20234 by shoradhi
manusia nie mmg ragam kerana makan garam dari pelbagai jenama dan negara
More
18 years 6 months ago #21938 by pola
Replied by pola on topic Re:Perempuan memang tak guna
Warkah Buat Adam ...

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari Hawa
More
18 years 6 months ago #21940 by ciPuding_7
tu diaaa..
More
18 years 6 months ago - 18 years 6 months ago #21942 by shafique
shoradhi wrote:

manusia nie mmg ragam kerana makan garam dari pelbagai jenama dan negara


Haha tue ar pasal. lain laut laen garam. tapi bagi aku la tak kira laki or pompuan ada saja probnyer. tak boleh tuding jadi atas satu pihak jer. Semua manusia berusaha wat yang terbaik dan ini berbeza dengan mencari kesempurnaan. krisis identiti bagi aku la punca ramai org jadik mengarut tak kira laki or pompuan. mcm2 penyumbang menda nie. in the end ia berbalik kepada diri sendiri. Lagi 1 laki pon kalo berkawan jangan diarah kepada menda tak baek. laki nie pemimpin dan ada sesetengah kes laki nie mengajak pompuan ke arah yang tak baek. hancurkan hidup dan hatinya. pompuan jadik patah hati dan semangat dan akhirnya jadik mcm2. tue salah satu dari apa yang aku tgk. Bimbing mana yang boleh tegur apa yang silap. Jika kita dah laksanakan tak der salahnyer kita. Sama2 ar doa kesejahteraan sesama kita. Tegur menegur jika ada salah silap sesama kita.

Tak semua orang ikut jalan yang sama. ada orang jalannya berduri ada orang jalannyer mcm highway dah abes konsesi kerajaan. So bantu membantu sesama manusia insyaallah kita semua mampu berubah dan bertambah baik. Pengalaman aku tak penah putus asa (actually hampir2) menyelamatkan sorang teman. Alhamdulillah semuanya berkat pertolongan tuhan aku dapat gak mengubah dia. jadi aku yakin bukan semua orang jalannya sama.

Perempuan Memang Tak Guna? Keras sgt tue.. Setiap makhluk Tuhan Jadikan Ada Fungsinya.

* Join Kelab Bachelor *
Last edit: 18 years 6 months ago by shafique.
More
18 years 6 months ago #21946 by pola
Replied by pola on topic Re:Perempuan memang tak guna
ciPuding_7 wrote:

tu diaaa..


tu je ke ayat ko ciput..punyer panjg berjela post aku :laugh:
itu spam tu..nanti kena banned :lol:
More
18 years 6 months ago #21947 by shafique
hehehe.. kita sajes letak button warning kat forum. Hihihihihi~ berjela post pola, 2 words jer dia komen. ngehehehehe!
More
18 years 6 months ago #22040 by zaciko
Replied by zaciko on topic Re:Perempuan memang tak guna
Kita di sini sekadar untuk menasihati, tak terniat nak berkasar or menyebabkan tuding menuding akan kesalahan org lain.. Ingat, kita ni dah berada di akhir zaman.
Ingat-mengingat, tegur-menegur, bantu membantu itu kemestian antara kita, umat akhir zaman ni..
:) Aku pun kekadang wat silap jugak, so, bila terbaca ada yg reply topik ni, insaf la smula..
More
18 years 6 months ago #22096 by iza
Replied by iza on topic Re:Perempuan memang tak guna
guydacosta wrote:

habis tu yg jenjalan nampak itu.. nampak ini... siapakah gerangan orangnyer?
bukan ker insan yg bergelar wanita....

habis tu yg suka pakai gelang sehingga ke siku yg beratnya setengah tan dan menyinsing baju hingga celah ketiak tu sapa ek? bukan ker insan yg bergelar perempuan...

oo yg lalu depan dan berlalu pergi setengah batu tapi masih meninggalkan bau semerbak tu... siapa orangnyer? bukan ke perempuan? kalau mmg x pakai haruman mmg x sah...

adeh.. dh penat dah... n bla bla.. itu la wanita zaman sekarang... kenapa la x syg diri sendiri... kalu dh kita x sayang diri kita.. mcm mana nk suruh orang lain sayang kat kita... pikir2kan lah...



lorr guy ni...cba lah baca btl2... sekiranyer terdapat gal yg pakai mcm tu meaning.. dia bukan pompuan lah.. adehh... \\

bg iza apa yg kat ats tu semua btl... tapi bila nafsu atasi akal... mcm ni lah jadi nyer.. contoh nyer mcm iza sendiri.. maseh byk nk di perbetulkan..

dan jgn sangka.. lelaki pon tkde pantang larangnyer... semua perlu dibataskan.. ikut syariat.. bersederhana lebay menyelamatkan keadaan..

tak salah nk mekap..tpi sederhana.. tk salah nk pakai minyak wangi. tapi sederhana..apa pon semuanyer sederhana..kite manusia biasa..

susah nk jadi kaum hawa yg lahir pada zaman rasulullah s.a.w... sbb zaman ni terlalu byk panca roba yg kdg2 kiter pikir dpt atasi.. pada dasarnyer kita gagal.. tapi jgn putus asa untuk memperbaiki diri..

jgn pandang serong terus pada insan yg seperti diatas.. maseh ada jalan untuk org yang naif mcm tu.. jgn sangka.. buruk lahiriah dia...maka buruk juga zahiriah nyer..

memang semua org nk yg terbaik dlm hidup..bagi iza.. sesapa ada pandangan yg totally negatif pada pompuan sedemikian yang terus menolak golongan ini ada lah ahli neraka yg kekal.. iza rasa salah..

apa guna kaum adam sbg khalifah..??? ustaz zaman skrg pon tk terllau pikir negatif.. dorg byk memberi tunjuk ajar dgn cara halus.. itu sebenar2 nyer berdakwah.. bukan sesuka hati ckp itu n ini tanpa cuba untukk membaiki pompuan yg agak menyimpang.. phm tk..??

certain kaum adam yang konon nyer perfect and alim!!! selau nyr akan tolak mentah2 utk org mcm ni.. bg iza itu hipokrit..!! cuba tunjuk pd org diri ini akn sentiasa pilih wanita yg hebat.. sedar tk sapa diri tu sbnrnyer..?? cukop ker amal ibadat pada yg Esa..??? kalo setakat ibadah jaga 5 kali sehari smlm... tapi tk nilai btl2 solat itu sendiri..mcm ner..?? berapa percent keyakinan kiter sbg ummah bila mendirikan solat diterima 100%..???

semua itu tk dpt kiter tafsir sbb apa..??? sbb maseh ada yg Esa menilai kiter sebenarnyer..

so..jgn terlalu berpikiran negatif k..??? to kaum adam.. org pompuan sprti ini perlu petunjuk .... bukan tomahan..dan tanggapan yg negatif..

iza simpati pada lelaki yg ada pendapat mcm guy...

salam...
More
18 years 6 months ago #22109 by guydacosta
firstly.. juz keep it ur pity for urself..
may be u need it later...

well.. nobody is perfect...
apa yg guy cakap berdasarkan pada topik yg telah dipos... itu aje..
sekadar mengingati.. bukan utk tohmahan dan cacian semata2..
depends on wat u guys thinkin... the negative or the positive..
amik la yg jernih.. yg keruh ditapis... diperbetulkan

and which side did u look..
the bright side or the other...

so no harm done...
More
18 years 6 months ago #22116 by iza
Replied by iza on topic Re:Perempuan memang tak guna
PEHH..PANDAI BERKATA2 BRUNG NYER SI GUY NI YER..?? WELL.. IZA PON ADA JGK PENDAPAT IZA TERSENDIRI.. BUT THEN BASED ON UR PREVIOUS FORUM PON. SUKA BENOR TIAUWWWWW THIS TYPE OF GAL.. WELL MASENG2 ADA PENDAPAT..
Time to create page: 0.593 seconds