Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Gerhana Matahari 2009 besok

  • Topic Author
  • Visitor
  • Visitor
15 years 2 months ago #30469 by
Gerhana Matahari 2009

Akan terjadi 2 kali gerhana matahari pada tahun 2009 nanti. Gerhana matahari pertama akan berlaku pada tarikh 26 Januari 2009. dan yang gerhana yang kedua akan berlaku pada tarikh 22 Julai 2009 sebelum sekali lagi berlaku pada 15 Januari 2010.

Gerhana 26 Januari 2009

Gerhana yang berlaku adalah jenis gerhana anular. Gerhana ini akan dapat dilihat oleh hampir seluruh penduduk Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei & Mindanoa. Di sesetangah kawasan, penduduknya akan dapat melihat bulan menutup hampir 85% bahagian matahari.

1. KUALA LUMPUR

Latitude: 3° 8\' 50\" N
Longitude: 101° 41\' 16\" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location.
Timing Information Beginning of partial phase
Time: 16:31:36

Maximum eclipse
Time: 17:50:40
Eclipse magnitude: 0.726

End of partial phase
Time: 18:58:49

2. KOTA KINABALU

Latitude: 5° 58\' 13\" N
Longitude: 116° 6\' 40\" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location. The sun sets before the end of the eclipse.
Timing Information Beginning of partial phase
Time: 16:43:48

Maximum eclipse
Time: 17:54:39
Eclipse magnitude: 0.828

End of partial phase
Time: 18:57:11


3. KUCHING

Latitude: 1° 33\' 3\" N
Longitude: 110° 21\' 1\" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location. The sun sets before the end of the eclipse.
Timing Information Beginning of partial phase
Time: 16:34:58

Maximum eclipse
Time: 17:50:43
Eclipse magnitude: 0.874

End of partial phase
Time: 18:56:39

Gerhana 22 Julai 2009
Gerhana yang berlaku adalah jenis gerhana total. Penduduk di bahagian utara Indonesia, Singapura, Semenanjung Malaysia, hampir seluruh Sarawak & sebahagian Sabah, barat Thailand, Kemboja & Vietnam akan dapat melihat fenomena ini. Walaupun jenis gerhana total, sebahagian penduduk kawasan yang dinyatakan di atas tidak akan dapat melihat bulan menutupi keseluruhan matahari.

Hanya penduduk di beberapa kawasan di negara China seperti Shanghai akan dapat melihat gerhana penuh pada tarikh ini.

Gerhana 15 Januari 2010
Fenomena ini cuma boleh dilihat oleh penduduk yang tinggal di bahagian utara dan barat Indonesia, sebahagian Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan yang terletak di daerah antara India dan China sahaja. Kita di Malaysia, Indonesia & Singapura hanya dapat melihat sebahagian kecil sahaja permukaan bulan yang menutupi matahari.
More
15 years 2 months ago #30470 by sako
MARILAH KITA SAMA BERSOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
More
15 years 2 months ago #30471 by sako
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I\'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I\'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I\'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk
7. I\'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
  • Topic Author
  • Visitor
  • Visitor
15 years 2 months ago #30472 by
Replied by on topic Ruj:Gerhana Matahari 2009 besok
PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA



Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan



Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”



Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari


Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”



Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.



Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)

Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.



(Rakaat Pertama)

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Isti’azah.

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).

6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).

8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).

9. Iktidal.

10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).

13. Berdiri ke rakaat kedua.



(Rakaat Kedua)

1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).

3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).

5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).

6. Iktidal.

7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).

10. Membaca tasyahhud akhir.

11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.
More
15 years 2 months ago #30531 by mastersuse
thanks info yg diberikan..
kepada yg xtau.. sila la baca step by step,..
g masjid je senang.. nnti imam terang kan.. :lol:
More
15 years 2 months ago #30583 by sako
Saya mengingatkan diri saya dan saudara muslimin dapat menunaikan solat sunat gerhana pada ptg ini...:laugh:
More
15 years 2 months ago #30658 by Bropian
Ni di ambil pada hari kejadian Gerhana matahari 26/2/2009













More
15 years 2 months ago #30661 by sya_zachery
wiuuu..time ni den tertdo la plak..adehhh. laaa
More
15 years 2 months ago #30675 by Bropian
sya_zachery tulis:

wiuuu..time ni den tertdo la plak..adehhh. laaa



tido best ape.....
More
15 years 2 months ago #30678 by sya_zachery
tapi tak sempat tengok lew..huehuehue..
More
15 years 2 months ago #30693 by master_xecko
menarik2 :positive:
shot ni amik kt area mane...
More
15 years 2 months ago #30697 by Bropian
master_xecko tulis:

menarik2 :positive:
shot ni amik kt area mane...


lupa nak tanye area mane...tempat aku tak nampak...dpt dari blog network
Time to create page: 0.563 seconds