BUAH MELAKA

More
18 years 4 months ago #24338 by khumaira
BUAH MELAKA was created by khumaira





BUAH MELAKA

BAHAN:

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
(potong dadu sebesar 1 cm)
1/2 biji kelapa muda parut
[ambil bahagian putih sahaja]

CARA:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan
boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.

3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.

5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.

7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.366 seconds