SERIMUKA

More
18 years 4 months ago #24341 by khumaira
SERIMUKA was created by khumaira




KUIH SERIMUKA

LAPISAN BAWAH:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

CARA:
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula.

LAPISAN ATAS:
2 cawan santan pekat
? cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
1 sudu teh garam

CARA:
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang
bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut
dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit.
Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalm loyang yg
mahu digunakan untuk kuih serimuka supaya mampat dan kemas
then baru masuk kan lapisan atas..BEGITU LE STEP DIA. :)
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.488 seconds