WAJIK
BAHAN:
*****
1 kg beras pulut,,
300 gm gula pasir
300 gm gula merah
500 ml santan + secubit garam [1 biji kelapa]
daun pandan...simpul
CARA:
*****
1. Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2. Gula merah dan gula pasir dimasakkan dengan santan dan daun pandan.
3. Masakkan sehingga pekat.
4. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5. Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan
NOTA:
Sekiranya mahu masukkan durian boleh kurangkan gula kerana durian ada rasa manis juga.
Masukkan durian dalam santan dan gula yg telah mendidih.