KACANG POTONG

More
18 years 4 months ago #24708 by khumaira
KACANG POTONG was created by khumaira






KACANG POTONG

BAHAN:

• 600grm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
• 100grm bijan- digoreng tanpa minyak
• 600grm gula pasir
• 2 sudu besar majerin

CARA:

masak gula hingga semuanya hancur.masukkan majerin
bila majerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata
canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 cm, ikut cita rasa masing2, jgn terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi

bila dah canai, cepat2 potong.nanti adunan keras dah susah nak potong, pastikan pisau anda tajam.

agak mencabar kerana kita kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena bertindak semasa adunan panas dan adunan cepat sgt keras/membeku. kalau adunan dah beku susah sikit nak potong.bkn susah skit tp susah sgt.hehehe...
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.468 seconds