×

Notice

The forum is in read only mode.

ACAR LIMAU

More
13 years 3 months ago - 13 years 3 months ago #33072 by khumaira
ACAR LIMAU was created by khumaira






BAHAN:

8 biji jeruk limau nipis
5 biji cili merah - dibelah dua
2 labu bawang besar - belah lapan
10 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
5 sudu gula pasir
4 sudu besar gula merah / gula melaka
2 cawan buah kering
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan cuka
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar

2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
20 tangkai cili kering
2 cm kunyit
2 cm halia

Cara Membuatnya

1) Panaskan minyak dan tumis daun kari dan bahan kisar.

2) Kacau dan biarkan hingga rempah wangi, kemudian masukkan cuka.

3) Masukkan gula dan garam. Kacau sebentar.Biarkan 10-12 minit diatas api yg perlahan

4) Kemudian masukkan limau, bawang besar, bawang putih, cili merah dan buah-buahan kering.Biarkan selama 15-20 minit, kacau sebentar kemudian bolehlah diangkat.
Attachments:
Last edit: 13 years 3 months ago by khumaira.
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.088 seconds