NASI AYAM MADU(UTK 2 ORG)
BAHAN:
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
sdikit madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
**[hiasan]**
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
timun
tomato
CARA:
Bersihkan ayam. Potong ikut suka
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
ade yg suka tambah kuah cili: cuma kisar 3 biji cili merah dan 4 ulas bawang putih.
masukn 3 sudu besar cuka.gula dan garam secukup rasa. tambah 1/2 cawan air.
masak atas api selama 5 minit sahaja.siapppppppppp.......
HIDANGAN:
NASI
POTONG BAHAN HIASAN
ADE KUAH SUP
ADE SOS KICAP
ADE KUAH CILI