MUNAJAT INSAN DAN KEBESARAN TUHAN

More
19 years 7 months ago #14694 by raga
Dihari ini jiwaku bergetar melihat keagunganmu
Betapa segala adalah milikmu jua
Tiada tandingan tidak ada gandingan
Umpama jaraknya bumi dan langit
Terpancar di singgahsana Mu ternyata Agong daulat Mu
Terlalu tinggi
Menggapai pula aku untuk menyaksi diri
Kelemahan terserlah
Terlalu kerdil

Dihari ini jua kebesaran Mu
Memiliki semua pemilik dan segala pemunya
Itu pun hanya sedikit engkau bekalkan
Lalu terpahat sebagai amanah
Tidak perlu diganti tetapi bagai pinjaman
Malu jua terasa
Kerana tiada tanda syukur dilafaz

Ada yang diambil semula
Menguji kesediaan hamba sahaya
Agar kembali kehadratnya
Sumber rujukan teramat nyata
Sepemikir,terus menilai
Cuba memahami
Disebalik rahmat abadi


Tuhan yang memberi
Kejituan Insaniah
Mendamba rahmat dan rahim Mu
Dihadapan mu jua
Rabiatul Adawiyah menangis mengeluh
Pohon keampunan dan keredhaan
Tertunduk lemah bermunajat sayu
Mencari erti
Sebuah kehidupan
Dan nilai penyerahan
Dibawah naungan zat yang ‘azim

Wahai zat yang sempurna
Dihadapan Mu aku berserah
Bimbinglah Akhlak insaniahku
Pimpinlah akal dan budiku
Pandulah keinginanku kearah kebenaran
Semoga munajatku Engkau redhakan
More
19 years 5 months ago #17615 by nizam
raga wrote:

Rabiatul Adawiyah menangis mengeluh
Pohon keampunan dan keredhaan
Tertunduk lemah bermunajat sayu
Mencari erti
Sebuah kehidupan
Dan nilai penyerahan
Dibawah naungan zat yang ‘azim


Mengeluh? Adakah kerana takdir yg ditentukan dari NYA

¢â‚¬Ëœazim = i mean ta`zim
More
19 years 5 months ago #17737 by raga
bahasa puisi xsama maksud dengan bahasa cyber Bro nizam.

must chek what or ho \" Rabiatul Adawiyah \"

## just thinking
More
19 years 5 months ago #17739 by nizam
Salamz,

Takrifan Pandangan/cadangan/ Nizam ia lebih daripada menilai sebuah Munajat sufi .


Mengeluh? Adakah kerana takdir yg ditentukan dari NYA


Cyber?:) my personally question apa yang di faham kan oleh Tn Raga dengan karya nie
Sebuah persoalan pada sekeping perasaan seorang insan or iur mean to muslimah sufi Rabiatul Adawiyah. What ur mean this poem ...??

Sebagaimana pengalaman Nizam sebagai MOD disebuah laman forum sufi sewaktu ketika dahulu. Telah terbiasa meluahkan sesuatu perkara dalam bentuk puisi (kata orang Melayu- puisi) lebih kepada munajat atau syair.

Kiranya jawapan tersebut dituju kan pada saya

Jawapan Nizam, insya-Allah sebegini.

Adakah kerana takdir yg ditentukan dari NYA
Takdir yang telah meredhakan nya
\"Tuhanku, dan tuhan nya adalah satu yang meneggelam kan diri nya kedalam samudera keikhlasan yang mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkan kekasih mu kecuali bagi nya yang senantiasa berzikir kepada-Mu”

(Kata-kata ku(Nizam) yang di 0lahkan dari Munajat Rabiatul Adawiyah )

Walaupun saya bukan lah dapat sampai ketahap maqam yang di punyai oleh Rabiatul Addawiyah.. melalui munajat / syairnya betapa kasih nya pada tuhan tanpa ada sebarang makhluk atau seoarang insan yang dapat dicintai melainkan cinta nya yang ada didalam dirinya.


p/s Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad,

Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Sedeqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.”
More
19 years 5 months ago #17750 by raga

Tuhan yang memberi

Kejituan Insaniah

Mendamba rahmat dan rahim Mu

Dihadapan mu jua

Rabiatul Adawiyah menangis mengeluh

Pohon keampunan dan keredhaan

Tertunduk lemah bermunajat sayu

Mencari erti

Sebuah kehidupan

Dan nilai penyerahan

Dibawah naungan zat yang Ãazim


saya membaca dari mula sampai akhir. Bagi saya kata2 puitis itu bagi satu lukisan yang abstrac.. jika ada kilas dalam pandangan pemikaran adalah perkara biasa.

Bahasa puitis bagi saya kekadang mendambarkan perkatan yang terlalu over dalam pengolahan ayatnya , seperti miskin di seumpamakan daif atau papa, sedangkan lain maksudnya.

jika dibaca dari \" Rabiatul Adawiyah menangis mengeluh \" sahaja akan mendatangkan maksud yang amat berbeda dari cerita dan kisah sebenar Rabiatul Adawiyah tetapi jika dari kesemua rangkap yang saya nyatakan diatas ia mengambarkan akan ketaqwaan sebenar Rabiatul Adawiyah yang patut di contohi dan di ikuti oleh semua.

kesimpulannya : saya mengakui apa yang telah diperkatakan dari sudut pandangan Bro Nizam dan apa yang terkandung didalam bahasa Puisi itu juga betul.

that all,harap ulasan saya juga betul.

Time to create page: 0.686 seconds