×

Notice

The forum is in read only mode.

ROKOK

More
14 years 8 months ago #17205 by nur
ROKOK was created by nur
Yang suka berkata harus
Yang benci berkata haram
Yang terpaksa berkata makruh

Yang miskin meminta
Yang sederhana berpada
Yang kaya tak kira masa

Yang bermula sebatang sudah terbatuk
Yang lama sebatang tiada makna
Yang tegar tak makan nasi pun tak apa

Yang berkarya itu sumber inspirasi
Yang berduka itu penenang jiwa
yang berniaga itu sumber utama

Yang hairan budak pun nak cuba
Yang pelik tak ada duit sanggup berhutang
Yang ajaib orang tak nak dihulur sebatang

Yang kecil tak tau apa-apa
Yang dewasa fikirlah hari muka
Yang tua tunjukkanlah teladan berguna

Yang ditakuti cukai naik lagi
Yang diimpi manusia berkata sia-sia
Yang diharap manusia kembali pada agama.
More
12 years 4 months ago #34625 by fazna_cute
Replied by fazna_cute on topic Ruj:ROKOK
rokok
membunuh diriku ini yg menghidu asap rokok
berhampiran mereka yg isap rokok
kesan yg ku alami amat besar skali
berbanding mereka yg isap rokok

rokok
pembunuh umat di dunia ini
kesan mereka yg hidu berhampiran penghisap rokok
amat tinggi peluang mendapat penyakit
berbanding mereka yg isap rokok

kdg2 kita x sedar bahaya isap rokok
kdg2 kita malas nak ambik tau kesannya
kdg2 kita tau tapi buat x tahu bahaya rokok
Time to create page: 0.073 seconds