Bahan-bahan ( sekeluarga )
* 300 gm Pulut Hitam
* 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
* 1 tin santan
* 1/2 cawan gula pasir
* daun pandan (kalau ada)
* segenggam sagu (kalau suka)
* susu segar
* sedikit garam (hujung sudu kecil)
Cara-cara
1. Rendam pulut hitam semalaman
2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga
rasa masak.
4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin
boleh terus masuk dalam periuk?)
7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda
boleh tambah susu segar semasa makan.